Friday, January 08, 2010

1 di 2010

Aku tiba tiba berasa kekok untuk terus berinteraksi dengan blog. Entah. Tapi aku cuba untuk menidakkan perasaan kekok aku itu. Hi 2010? Boleh kita berkenalan? Boleh tidak kita hadapi hidup ini dengan rasa selesa bersama mu 2010? Harap harap kita boleh bersama.

Aku berharap 2010, iaitu tahun ini akan mengubah hidup aku jadi tahun yang lebih baik dari tahun yang lepas. Walaupun sudah lama kita menjejak kaki ke 2010 ini. Tapi aku rasa tak salah kalau aku nak tulis.

Hari pertama ke sekolah yang lepas, aku berada di kelas yang sama seperti tahun sebelumnya. Muka pelajar yang sama. Ishh aku harapkan ada pelajar baru, gadis yang comel comel bakal masuk ke kelas aku. Harapnya lah. Tapi tak ada pun.

Tahun yang baru, layout baru yang lebih kemas. Harap semua suka. Ya aku pun suka. Tahun ini aku akan tidak selalu mengemaskini blog ini. Aku sibuk mengejar sub-topik yang sedang di ajar. Aku tak mahu terlepas.

Terima kasih kerana sudi membuang masa anda.

0 comments: