Pil pil sudah di telan dan sedang dalam proses untuk menuju ke perut. Semalam aku rasa lain macam, badan bagai di lilit ular sawa, hidung ala Bruno/Borat aku ni menitiskan air iaitu hingus yang kadang-kalanya aku telan kerana malas nak ambil tisu.
Aku tidur lama semalam. Setiap 5 minit ada saja mimpi yang baru muncul. Alhamdulillah, bukan mimpi basah yang selama ini aku idamkan. Aku tidur 5 jam tanpa gangguan. Cuba bayangkan.
Pagi-pagi biasanya mak aku menjerit seperti biasa, suruh bangun pergi ke sekolah. Tapi, hari ini lain sikit. Dia bertanya dengan lemah lembut. Nashreeq, kau nak sekolah ke hari ini ? tanya mak aku pada aku yang sedang lena tidur di atas sofa putih.
Aku jawab, kalau tak pergi sekolah akan hantar surat amaran ke 2. Macam mana ? Mak aku jawab, nnti tengahari kita pergi ke klinik dan mintakan surat cuti. Yeh terima kasih! Aku tidur semula.
Kredit telefon aku habis. Siapa kaya, boleh sedekah tak ?
1 comment:
Smge cepat sembuh ;)
Post a Comment