Sunday, January 01, 2012

Siswa


Pejam celik dah sebulan aku mendiami kolej Tun Perak yang sebagai salah satunya kolej baru lelaki di Uitm Kampus Alor Gajah, Lendu, Melaka. Itu sebagai introduksi post pada kali ini. Aku akan ceritakan kisah hari pertama sehingga saat ini di sana.

Pada masa aku menyemak keputusan samada aku dapat tawaran belajar ke uitm. Memang aku sangat mahukannya, keluarga terlah berikan harapan menggunung. Ia seolah-olah harapan yang membebankan aku. Alhamdulillah, aku berjaya masuk ke sana.

Pada malam sebelum nak bergerak ke Melaka, aku sibuk dengan menyediakan pekakas asrama. Maklumlah ini pertama kali aku tinggal di asrama, paling habis pun 3 bulan di plkn. Debaran nak sampai ke sana, mmg sangat risau. Tapak tangan sentiasa berpeluh, ketiak apatah lagi.

Setiba disana, petang itu juga dah mula orientasi. Paling menyakitkan, semua perjalanan orientasi kami dengan berbaju formal dari 5 pagi sehingga 12 malam. Busuk mmg tak ckp lah, aku je yang membantu kebusukan mereka. Rencana itu berulang sehingga 4 hari. Kaki kejang, melecet, busuk semua aku hadapi. Bila dah habis orientasi, kau seolah-olah raja, tiada siapa yang ganggu kau. Tapi sebagai part one, perlu.

Induction. Sebagai seorang junior, kau perlu hadapi semua itu. Tetapi, aku sebagai mascommers atau pelajar pengajian komunikasi dan media harus tabah, dan berhati kering. Pernah sekali aku minta sign pada senior, dia suruh aku menyanyi. Dengan selamba aku sahut cabaran dan diberikan pujian sedap.

Hari berganti hari, setiap minggu benda yang sama. Tetapi gadis hari hari aku jumpa muka lain. Maklumlah, kampus mempunyai 8000 pelajar tapi lelaki hanya suku daripada itu. Perbelanjaan sehari yang mencanak sehingga rm10. Setiap hujung minggu cucuk duit. Semoga perjalananku megenggam segulung kertas sijil diploma ini dirahmati dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Amin

Friday, August 05, 2011

Aku yang asing

Hanya menunggu masa untuk berlepas ke Jalan Reko, Kajang. Dimana tempat pengumpulan semua bakal-bakal pelatih yang berdekatan yang hendak pergi ke kem plkn. Malam sebelum itu, risau membelenggu. Tidur pun memikirkan apa yang akan berlaku di sana nanti, tak lena. Sampai mimpi pun dok ada logo PLKN.

Esoknya, abang aku menghantar aku ke tempat pengumpulan. Keadaan tidak terlalu sesak, kerana 2 bas telah selamat hantar. Aku berada di dalam bas yang ke 3. Aku terlalu asing, kiri kanan semua tak kenal. Duduk tepi tingkap berseorangan, hati masih dupdap. Mereka yang lain nampak tenang, ada yang sampai boleh tidur dalam perjalanan.

Setibanya di kem, bangunan semua berwarna biru. Kalau biru pekat tak apalah, ni biru kelam. Feel dia pun rasa suram. Sesi pendaftaran pada mulanya dan terus ke Bilik Spotcheck. Jurulatih membuka segala beg yang kami bawa, penat ja aku kemas semalam. Body spotcheck pula, dia meraba tapi dok tahan ja. Dia bukak phone ada gambar awek, dia suh cium. Ramai kena paksa buat perkara yang memalukan. My belt pun kena rampas. Cit!

Ketika di sesi pendaftaran aku dapat bilik bernombor 4. Serius tak tahu di mana kedudukan bilik ini. Aku bertanyakan pd makcik cleaner dan dia tunjukkan sambil memberi blanket dan cadar. Masuk-masuk ja bilik ada 3 org, aku buat bodoh ja smbil pasang cadar then baring.

Malam itu, penuh katil dengan para pelatih yang datang dari sabah,sarawak dan selangor. Warden bilik datang, muka violent gila. Macam penjenayah. Dia ckap aku nak korang tukar tempat tidur, jgn hidup nk berpuak paham? Kami sedih, baru je kanal ngan kawan2 selangor. Kena pulak kawan dengan sabah, bahasa mereka susah skit nak faham.

Malam seterusnya, ada sahaja kesalahan yang dituduh pada kami oleh warden. Dendanya tekan tubi mengikut arahan. Siapa yang cecah ke lantai atau kaki melutut akan di pijak, amaran warden kami. Tak ckup dengan itu, denda lompat bintang 50kali kiraan 3. Yang lebih menyakitkan, baring dan mengangkat kaki lurus 45darjah. Siapa jatuh, nasib kurang baik.

Bilik kami digelar bilik paling berbahaya. Sedangkan bili-bilik yang lain tidak pula dikenakan denda seperti itu. Pada mulanya kami memang tak tahan kerana setiap malam di denda walaupun kami tidak membuat kesalahan. Ada yang nak report kepada orang atasan. Tetapi setelah sebulan, denda kami semakin berkurangan. Denda ini untuk mewujudkan keakraban tali persahabatan kami kerana kami didenda bersama-sama.

Badan yang dulunya kering, timbul otot-otot yang puncanya dari warden kami. Setiap denda yang dia arahkan pasti ada sulaman motivasi untuk kami. Baru kami sedar, setiap denda itu ada kelebihannya. Antara ayat-ayat warden 'gangster' kami ialah.

1.Dalam van plkn itu ada lebihan 2 penumpang untuk menghantar kau semua ke hospital, 2 itu adalah malaikat maut

2. Kasi potonglah lancau, kasi anjing makan. Hidup kena gentle. Paham?

3. Ada siapa benci aku? Kita jumpa kat neraka nanti.

4. Ada siapa sakit hati dengan aku? Simpan bawa mati.


Segalanya sudah berakhir, pasti akan aku merinduikan kenangan pahit bercampur manis. Macam2 rasa ada. Saat paling best sekali masa baling topi ke langit, menandakan kami tamat latihan. Tiada lagi beratur tengah pagi, sebelum tidur. nak makan pun kene beratur. No more lauk that we dont deserve! No more hot water everyday. No more bread before sleep. Yeaaaaaahh!

Friday, April 29, 2011

Rencana Kehidupan

Hi, aku rasa memang dah berhabuk blog ini. Tak kisahlah, aku anggap blog ini seperti diari. Takdak sapa yang peduli nk baca. So aku nk crita kehidupan aku la ni. Memang dah takdak life.

Setelah 3 bulan aku mengganggur. Aku hanya membuang masa. Tidak bekerja atau mengambil kursus seperti yang biasa lepasan spm akan buat. Memang bosan. Salah satu faktor aku tanak menghadapi pengalaman bekerja kerana aku rasa aku masih muda. Peh kerja? Mesti orang tua.

Surat Tawaran ke Institut Pengajian Swasta semakin rancak dihantar ke alamat rumah. Rasa seronok juga dapat surat sendiri, dulu takdak sapa nak hantar surat kt aku. Wah terasa tua. Aku tak amik perhatian tawaran ipts kerana kelayakan mereka lebih rendah, dapat 3 kredit pun lu boleh masuk.

Aku terfikir, lebih baik tak payah aku belajar sungguh2 time spm dulu. Setakat 3 kredit je? Aku nak nikmati usaha yang telah aku kerahkan. Nanti orang dok tanya, hang blajaq mana? Kolej blablab. Rasa mcam rendah tahapnya. Kalau jawab aku blajaq lim kok wing, taylor. Tu bunyi macam orang kaya.

Sememangnya aku mmg tak kaya. Nak masuk universiti awam memang susah. Aku pun tak faham. Tapi aku dah lakukan yang terbaik dalam pemilihan upu. Harap pihak yang bertanggungjawab tu mengambil aku sebagai pelajar. Ipta tu mmg aku dah mengidam lama. Tapi memandangkan keputusan aku yang ala kadar ni, memang tipis peluangnya.

Oh ya, aku akan ke PLKN 16 mei ini. Sememangnya suatu yang tidak aku jangka dalam hidup ni. Tapi aku pejamkan mata, redah sahaja. Pedulikan semua, hanya 75 hari aku disana. Kem yang diberi pula di Kuala Langat. Hutan mana tu weh? Harap semuanya berjalan lancar dan baik baik saja.

Selamat Tinggal!

Wednesday, February 16, 2011

hello masa depan

Hey semua! Memandangkan telah lama aku tidak menulis. Saja aku nak letak soalan dan jawapan yang aku tanya pada Pakar tentang panduan jurusan apa yang patut aku ambil lepas ni :)

Nashreeq Mohamad:
Salam cikgu, Ipta yang manakah yang menawarkan jurusan kejuruteraan bunyi atau audio engineering, dan pereka dalaman. Boleh jelaskan jurusan kejuruteraan awam tak? sy x berapa nk paham. tq

Jawapan :

Kejuruteraan audio secara umumnya tidak membabitkan kerja mengawal bunyi bising ataupun reka bentuk akustikal. Bagaimanapun, jurutera audio kecenderungan lebih kepada aspek kreatif dan teknikal audio berbanding tanggungjawab formal kejuruteraan.

Jurutera audio adalah seorang yang cekap atau mahir dengan pelbagai jenis media rakaman antaranya seperti pita rakaman, perakam multitrack digital dan workstation, selain juga berpengetahuan mengendalikan komputer. Dengan perkembangan pesat dan kemuncualan era digital, adalah menjadi suatu kewajipan bagi seorang jurutera audio untuk mahir dalam memahami peranan integrasi perisian dan perkakasan hinggalah penyelarasan perpindahan dari analog kepada digital.Di UITM ada dtawarkan..

Kejuruteraan Awam

Kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam merangkumi tugas mengenalpasti dan memenuhi keperluan masyarakat, sama ada pada skala kecil (projek luar Bandar) atau berskala antarabangsa (membina janakuasa elektrik).

Tugas seorang Jurutera Awam pada sesebuah projek membabitkan:
- Menganalisis dan mengenalpasti keadaan tapak cadangan projek
- Konsultasi dengan masyarakat setempat tentang tapak cadangan projek
- Perbincangan mengenai plan projek dengan arkitek atau jurutera perunding
- mengambilkira kesan projek terhadap alam sekitar projek
- mengemukakan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh sesuatu projek.
- merekabentuk sesebuah projek
- mengawasi kualiti pembinaan sesebuah projek
- mengawasi perbelanjaan sesebuah projek
Pereka dalaman telah cikgu critakan ruangan2 sblum nie.

Thursday, December 09, 2010

Sibuk Manjang


Dia tulis Kementerian Pelajaran Malaysia tu aku dok getaq. Sisa-sisa peperiksaan hanya tinggal Ekonomi Asas dan Sains Pertanian. Selepas itu, boleh aku tidoq atas jalan raya sesak di Kuala Lumpur.

Banyak plan yang telah aku rancang dalam cuti. Tapi ditindihkan lagi program PLKN yang melimitasikan kebahagiaan rancangan aku. Then gua boleh buat apa gua suka. BLAH!

Friday, October 15, 2010

Entri Serius

Thank you Allah. Aku mensyukuri kemakbulan doaku. Terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku. Tanpa Kau, aku mungkin tak mampu berjaya dan tidak dapat mengekalkan momentum dalam pembelajaranku. Sesungguhnya, ibadah itu memang perlu untuk selimuti hati, kalau tidak hati akan sejuk beku umpama peredaran darah yang tidak mengalir ke badan.

Prestasi aku meningkat, tetapi tidak secara mendadak. Itu cukup untuk memotivasikan diri bahawa aku memang boleh lakukan sama seperti manusia genius yang lain. Dari gagal ke lulus. Dari D ke C. Dari C ke B. Dari B ke A.

Kalau aku cerita tentang keputusan aku, apa pula kata pembaca? Mungkin mereka fikir aku ini macam bagus. Padahal memang tak bagus. Kepada pembaca semua, aku bukanlah seorang yang pandai seperti yang kamu sangkakan. BM pun tak A. Cuma aku...macam bagus

Entri kali ini tiada unsur humor. Ia banyak melibatkan luahan hati dan perasaan untuk pemangkin semangat aku. Terima kasih dan maaf.

Tuesday, September 07, 2010

Gelagat di lebuhraya

Matahari baru hendak mula mengintai pagi. Aku tak tidur dari sahur, itu yg buat aku bangga dan punya semangat untuk menulis pada pagi ini. Barulah aku dapat melihat suasana pagi pada waktu cuti. Kalau tidak, cuti hanyalah untuk aku melayang bersama mimpi.

Ahh sakit perut pulak, ni mesti angkara nasi kerabu masa sahur tadi. Tunggu jap eh? (selepas beberapa jam) Terima kasih kerana sudi menunggu. Maaf kerana mengambil masa anda. Selepas saya berurusan dengan jamban, ibu memanggil sy untuk menolongnya menanam pokok bunga di halaman rumah.

Walaupun belum menjengah hari raya aura keriangannya tu sudah terasa. Rumah aku yang dulunya seperti kandang ayam sekarang seperti kandang hamster. Bersih dan teratur sempena raya pada tahun ini.

Aku akan pulang ke kampung pada khamis ini. Dah ckup ckup, jangan tangisi pemergian aku. Aku faham semua sayangkan aku. Satu persoalan di minda aku ialah dalam perjalanan pulang ke kampung.

Adakah semua gelagat mereka sama seperti aku? Maksud aku pabila mereka di dalam perjlanan ke kampung. Apa yang mereka semua buat pabila di tengah lebuhraya? Tidur? Melihat pokok yang sama di tepi lebuhraya? Suap kacang ke pemandu agar dia tak mengantuk? Memilih mana satu kereta idaman?

Tetapi gelagat aku ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, mengintai anak dara yang bersebelahan dgn kereta.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF JIKA SELAMA INI TERKASAR BAHASA. TERIMA KASIH!