Setiap tahun di dalam bulan Ramadan, umat Islam yang mempercayai hadis akan menunggu kedatangan Lailatul Qadar atau Malam yang Berkuasa kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala do'anya akan dimakbulkan.
Bila tiba saat 10 malam terakhir :
-Barulah beramal ibadat
-Barulah nak puasa, padahal sebelum ni dah 6 hari tak puasa bak kata kawan kelas aku
-Barulah masjid nak penuh semula bila terawikh
Hahaha padahal aku pun serupa saja
Tapi bila cerita tentang masjid, tadi aku ke masjid nak solat jumaat dengan kawan kawan. Walaupun kami berpuasa, sanggup berjalan kaki dari sekolah ke masjid. Itu dah nampak kami baik budaknya. Tapi bila tiba di perkarangan masjid.
Kawan aku seorang lagi kata 'Ahaii banyaknye kasut, kasut aku dah rabak gila ni. Nak beli duit pun tak ada'. Aku lihat sepatunya, ya! memang benar, rabak gila kasut dia. Dia mula kata kat aku dan kawan kawan lain, nak ambik kasut ke tanak ah ? Dosa ke ?
Kawan aku yang lain balas, kau amik je. Kasut kau ghupe kena gigit anjing dah. Kawan aku yang nak ambil kasut itu membalas 'Ahh kau menghasut aku, terima kasih kawan. Kau lah sahabat aku dunia akhirat, menyokong aku'. Aku dalam hati gelak gelak ja.
Kawan aku yang nak ambil kasut tu kata, 'Okay, aku tak kira. Korang semua bersubahat dengan aku ambil kasut ni ya? Kita kongsi dosa sama-sama. Kau tak kesian ke kat aku? Aku bukan nk mencuri, nak tukar kasut je'. Dia pun ambil dan tukar kasut walaupun dia kelihatan takut-takut nak buat dosa, walaupun di bulan ramadhan.
Bila habis solat jumaat, aku intai di sebelah tempat kasut budak malang yang kena tukar kasut tu. Muka gila baik, pakai spek, rambut belah tepi. Gua agak dalam umur form 1, form 2 je. Muka sedih gila, aku tak boleh nk buat apa. Kesian pula tgk budak tu.
Bila aku keluar dari perkarangan masjid, aku tengok dia pakai selipar biru. Ada pulak dia selipar ek? Mungkin dia curi kot, dia pun berdosa jugak kata kawan aku yang mencuri tu. Haha
Kesimpulannya, janganlah kau hairan jika selipar Crocs anda menjadi Asadi di masjid.
1 comment:
erm kesian nyer budak yg kene curi kasut tu...=((
Post a Comment