Selepas menonton filem Crows Zero 2, tangan dan kaki aku mula terasa ringan nak tendang dan tibai kepala manusia keparat yang jahat. Mulalah aku berfikir, menyesal aku tak menolong Saufi masa dia kena tempeleng dengan mamat india kira kira 2 tahun lalu kat dalam bas. Aku ingat lagi Saufi kena tempeleng sebab dia buat bising kat dalam bas, lari sana sini sambil ejek budak-budak india yang bersekolah rendah 'hitam! Hitam! Wek wek'.
Aku tunduk malu. Malu aku sebagai kaum melayu. Ini semua Saufi punya pasal. Apa faedah dia ejek ejek tu? Mungkin semalam Uncle Ramesh(Pemandu Bas) marah-marah ke dia sebab tak bayar yuran bas 5 bulan. Dia nak balas dendam kot.
Datang dengan gagah mamat india tu ke tempat duduk kami. Muka dia ada iras iras Rosyam Nor masa muda2, rapi warna ja tak. Dia bersuara 'Lu apasal? Sudah lama hidup?. Saufi terdiam mimik mukanya takut. Terus mamat iras Rosyam menampar Saufi dengan kuat. Tidak cukup dengan sekali tamparan, dia menendang perut Saufi.
Dalam hati aku, ishh nak tolong ke tak ni. Saufi tu mungkin bergurau je, tak perlulah nak belasah dia teruk-teruk. Mamat india tu tidak hirau. Aku tak berani nak bersuara, maklum lah dia lebih tua, badan pun besar. Aku turut terasa keperitan Saufi, lalu destinasi yang aku tunggu untuk pulang ke rumah sudah smpai. Aku turun dari bas. Mungkin malam tu Saufi suruh adiknya letakkan gamat di pipinya. Teruk aku tengok lebamnya.
Hmm lama aku tak menulis, aku tak ada mood nak tulis sebab selama ini aku pinjam komputer orang untuk menulis. Tapi sekarang tidak lagi :P
No comments:
Post a Comment