Saturday, January 30, 2010

Larian Cergas Indah 2010

Niat hati memang nak kemaskini blog. Topik apa yang nak di luah kan bersama pun tak tahu. Takpalah, memandangkan semua penulis blog dari sekolah aku bercerita tentang larian cergas. Apa salahnya aku bercerita sekali.

Seperti tahun-tahun yang lepas, larian cergas/kentut bergas atau merentas desa ini adalah seperti acara yang wajib diadakan dalam setiap tahun. Tetapi, bagi aku tahun ini ada sedikit perbezaan kerana tahun ini adalah tahun akhir aku di sekolah.

Selalunya, untuk acara ini aku tidak hadir. Tidur dan makan maggi saja di rumah. Tetapi itu untuk tahun yang sudah. Tahun ini aku hendak merasakan kenikmatan bersukan dan perasaan yang gembira yang ada pada acara ini. Yang katanya lebih gembira dari beronani seorang diri.

Aku berlari tak henti buat pertama kali dalam hidup. Aku berlari seorang diri merentasi ceruk di setiap pelusuk pekan Seri Serdang ini. Mencelah aku ke sana-sini. Sampai, aku tak hiraukan gadis yang berseluar takat peha dan memakai singlet yang ketat itu. Kelip mata aku buat seketika, luahan suara dari bibir 'Astaga'.

Ketika aku sedang asyik berlari anak, polis yang bermisai menahan aku. Polis itu membenarkan kereta itu lalu. Niat hati, nak je aku kasi polis ni jilat ketiak aku yang pada ketika itu sedang basah. Tapi, tak mengapa. Dah menjadi tanggungjawab polis tersebut. Aku lupakan polis yang miskin tiada duit nak beli pencukur itu dan terus berlari anak hingga ke akhir garisan penamat.

Aku mendapat tempat yang ke 94 dalam kategori bawah 18 tahun. Sebenarnya, aku memang boleh nak mendapat tempat yang ke 1-5. Malangnya, aku telah tidur di tepi pokok sementara menunggu rakan aku Saiful Basri yang tak sampai-sampai. Polis yang bermisai tadi juga yang kejut aku untuk menyambung larian. Baru aku tahu, polis itu sebenarnya baik.

Saya Cinta Akan Polis Bermisai

1 comment:

Adziest-Lynn said...

sobs sobss.. menangis aku baca entry kau.. sungguh menyedihkan.. haha