26 disember. 9 pagi, jam loceng berdering. Lantas, aku bangkit. Mandi dan makan. Mata masih mengantuk kerana tidur pada 3 pagi semalam. Lauk di bawah tidak menaikkan nafsu makan aku. Secara terpaksa, aku mkan juga untuk menahan lapar nanti. Niat hati nak ke konsert terbesar rock the world. Niat hati tak mahu pergi, kerana semua yang ada pasti hardcore gila gilaan, mosh sana sini. Arghh nasib baik ada Stonebay, Khottal, dan kugiran yang bergenre melodik pop yang lain. Niat aku masih tidak terhenti.
Aku pergi bersama saudara. Semua bersiap siap. Pukul 12 abang aku hantar ke Bukit Jalil. Lepak di luar. Melihat gelagat remaja. Ramai di sana, bersama teman wanita. Aku cemburu. Tidak mengapa. Teruskan melihat.
Pukul 1.30 beli tiket di sana. Masuk bagaikan naik flight. Spotcheck sana sini. Wuiyoo! Tahniah untuk security. Dah sampai dalam tengoklah main stage. Band Metal apa tah. Aku goyang2 kepala saja. Panas, atas kepala matahari tepat ke ubun ubun. Pening. Masih steady.
Pukul 2, band hardcore. Ternyata jangkaan aku mmg tepat. Memang ramai bebudak hardcore. Masa tu band restraint tengah perform. 5 minit beraksi, hujan mula turun. Aku mencari tempat untuk berteduh. Takkan tengok konsert semata mata untuk demam. Tetapi peminat hardcore, teruskan bermosh. Tidak hiraukan hujan. Tahniah pada scene hardcore.
Hujan henti seketika. Aku pun melihat di pentas yang lain pula. Mata pula melihat pada perempuan berbaju puteh. Maklum lah lepas hujan. Baju semua basah. Ish2 ahahha
Pukul 5 aku dah balik. Penat, semua kat sana busuk. Sorry aku tulis begini. Tak faham sorry.
No comments:
Post a Comment