Gua ingat apa la Kagumas ni. Budak-budak kelas dok bising tanya gua nak pergi ke tak lawatan ni? Aku jawab 'Haaa? KargoMas?'. Budak tu pun ghupe mcm tak berapa nak tahu apa nk jawab. Ikut hati tak nak pergi, lihat kawan-kawan gua dok tulis alamat. Gua pun turut ikut sekali.
Tadi gua bawak buku hanya untuk jadual sebelum rehat. Katanya, lawatan ini akan bergerak dari sekolah pada pukul 10 pagi. Masa tu gua dkat dalam makmal. Intai kat luar tingkap, bas dah sampai. Budak-budak macam beruk, suka bila nak pergi lawatan. Gua buat muka tak berapa nak seronok, konon nk tunjuk gua ni steady. Dalam hati mcam playground dah gembira punya pasal nk g lawatan.
Ada 2 bas akan membawa para budak budak sekolah nih. Gua tengok bas depan, dah gembira. Macam bas Transnasional la, besar pulak tuh. Tengok-tengok, bas yang besar tu dah penuh. Gua terpaksa naik bas yang rompong. Oksigen yang menggunakan angin. Bukan aircond. Tapi tetap ada Air(angin).
Setibanya aku di tempat yang di beri Kagumas. CEO tempat tersebut menyambut baik kedatangan kami. Time aku nak salam CEO tuh, perut aku tetibe bunyi lain macam. Gua syak ini bukan bunyi lapar. Ini bunyi lain nih. Tapi takpa, gua terus masuk ke bilik ceramah untuk CEO tersebut bercerita tentang objektif dan misi di tempat mereka.
Setelah tamat dia berucap yang bagai nak gila lama. Gua sandarkan kepala ke bahu kawan gua, Tirmidzi. Peduli la org kata gua gay ka apa. CEO tersebut mula menyuruh kami semua menanyakan soalan. Dan aku orang yang tiba tiba di beri mic tanpa permintaan. Sial ini semua penganiayaan. Aku tak boleh nak lari dari bertanya. Awek semua usha aku. Ahhh pedulikan, aku terus bertanya kepada CEO tuh. Cikgu dan para pelajar yang ikut ceramah semua tengok aku. Aku tanya..
Nashreeq : Assalamualaikum, nama saya Hisham. (budak-budak semua dah gelak)
CEO : Ye Hisham, teruskan pertanyaan awak. (percaya ja nama aku ni Hisham)
Nashreeq : (Otak aku buntu, tak tahu apa nak tanya. Budak-budak semua menunggu pertanyaan aku. Gua tengok banner kat tepi tu ada tulis diploma,digree) Saya nak tanya, apakah tahap yang di katakan diploma, digree sehingga ke tahap PHD.
CEO : Ye terima kasih Hisham. (budak-budak masih tak henti gelak)
Aku buat muka yakin, steady ja. CEO tu beri penjelasan. Walaupun aku tak faham apa yang aku tanya tu. Tapi bunyi macam profesional kan? Okay lah tu.
Habis sesi pertanyaan, dia bawa kami ke serata tempat pembelajaran kulinari tersebut. Ahhh aku dah mula rasakan kemutan di celah punggung. Pedih. Ni kalau aku terlepas dari kepitan, mahu terburai semua sisa nih. Aku terus mengepit. Muka masih steady, mcam tak ada apa apa.
Tandas kat sana ada 1 ja aku nmpk. Tandas perempuan. Ahhh bedal asal gua lega. Alhamdulillah, cirit birit. Mudah nak keluar, tak payah nak teran-teran. Keluar dari tandas, muka yakin. Barulah boleh makan Nasi Ayam! Yehhhh, mereka menyediakan juadah nasi ayam di luar. Kami makan makan dan pulang ke sekolah. Tamat
2 comments:
Hisham? hahaha CEO pun boleh percaya cakap kau? pergh, hebat sial, hahaha
Dia percaya la, sebab dia mmg tak tahu nama aku. Semua pakat gelak ja
Post a Comment