Wednesday, June 09, 2010

Dasar Anjing

Tadi aku kelaparan, di dapur tiada bekalan. Aku menahan lapar, dan untuk hilangkan rasa lapar aku perlu tidur. Sebelum itu, telefon bimbitku sudah kehabisan bateri. Aku tak boleh tidur jika telefon bimbitku tiada di sisi. Aku mencari charger dan cucuk ke lubang telefon bimbitku. Tiada respons berlaku. Aku musykil, plagnya sudah aku buka.

Rupa-rupanya wayar charger aku telah digigit sehingga putus oleh tikus berdasarkan kesan gigitannya. Oh celaka punya tikus! Tidak cukup lagikah dulu kau menggigit seluar dalam kegemaranku sehingga koyak? Aku bergegas untuk ke kedai telefon bimbit berdekatan seorang diri.

Dalam perjalananku ke kedai suasana jalan agak gelap. Aku teruskan berjalan. Kemudian muncul seekor anjing hitam yang pendek menggertak aku. Terus aku ambil batu di bawah dan pura pura membaling ke arahnya. Dia buat muka kerek. Dalam hati aku 'dah la hitam, pendek tak sedar diri. Ingat aku takut ke?'.

Heran juga aku. Berdasarkan pengalaman aku, anjing sepatutnya terus lari jika aku berbuat demikian. Kemudian muncul seekor dan seekor lagi di hadapanku. Sehingga enam ekor mengepung aku. Ah memang sial! Bunyian grrrr kedengaran. Melihat muka anjing itu sungguh hodoh. Air liur meleleh-leleh.

Aku stay cool. Tangan menggeletar. Aku tak fikir apa. Jika anjing-anjing ini terus menyerang aku akan mengorbankan kemalasan aku untuk bersamak. Kalaulah aku jumpa lagi anjing-anjing ini akan aku tembak dengan pistol manik sehingga berbintat. Lagi-lagi kalau jumpa anjing hitam pendek tu. Ada geng boleh la woi! One on one tengok!

Di dalam saat yang genting, mereka akan menyerang aku bila bila masa saja. Kemudian sebuah kereta menghampiri aku. Dan membunyikan hon untuk menghalau anjing-anjing tersebut. Anjing-anjing tersebut terus lari bersama aku. Ehh aku lari juga. Tapi tak bersama dengan mereka.

Dan berhenti rehat di kedai mamak. Order nasi goreng usa. Nasi goreng kunyit pula yang di beri. Nasib baik aku ini penyabar orangnya. Telan saja lah. Tak sedap doh! Memang malang la malam ini.

Cuba korang kira, berapa banyak perkataan anjing telah aku tulis? Hadiah menarik menanti anda! Seekor anjing hitam. <<< termasuk yang ni

5 comments:

A creature =) said...

13, am i right?

nashensem said...

Actually, i dont know the answer. Haha

Anonymous said...

haha so bangangzzzzzzz

Muhammad Hazmel said...

abis samak haha

nekohime 猫姫 said...

hahaha xD
sengal je, betol la balqis cite, just versi balqis lawak lagi la..hahahaha