Saturday, August 07, 2010

Pandangan seorang lelaki pemalu

Tarik nafas, hembus. Sekali lagi, kali ini lebih dalam ya. Okay, teruskan menaip. Sekarang dah ramai orang berhubung menggunakan internet. Ya, termasuk aku. Tapi apa pandangan kalian tentang bercinta dalam internet? Lebih mudah dari bercinta seperti biasa kan?

Kalau bercinta seperti biasa, bagi golongan lelaki. Aku biasanya akan melihat si gadis dari jauh. Nak tegur, segan pula. Nak kenal, apa tah lagi? Nak ke dia layan aku yang tak handsome ni? Tapi comel tu ada lah.

Tapi bila berdepan dengan gadis yang sudah berpunya. Lagi-lagi tengah dating. Aku biasanya akan duduk di belakang si boyfriendnya dan melihat gadis itu dari jauh. Pabila kantoi melihat gadis tersebut, aku pura pura melihat makcik cina tua bersinglet berambut perang yang berada di sebelahnya.

Pendapat aku, mengenali si gadis secara langsung lebih penuh drama dari berkenalan di Facebook atau laman sosial yang lain. Bila dah bercinta sampai ke jinjang pelamin, nak cerita ke anak tentang pertemuan pertama bapak dia yang handsome/comel dgn mak dia yang ala-ala model pun tentu seronok.

Kalau di laman sosial. Biasanya ayat pertama yang kita guna 'Hi, nama you apa? boleh berkawan?'. Tunggu si dia membalas, tu pun kalau dia nak balas. Kalau yang peramah sgt tu, nak bernapas pun tak sempat. Dia dah reply dulu.

Bila dah masing-masing kenal. Manisnya dah tak ada. Mula-mula dulu tanya dia 'you sihat hari ini? Dia membalas, 'Ehh sihat sihat. Arini makan kurma lupa ada bijik tercekik..blablablanashhensem'. Tapi kalau lepas 2 minggu kenal 'You sihat hari ini? dia balas 'sihat.' Tu pun lepas 2 hari barulah nak reply.

3 comments:

nekohime 猫姫 said...

hahahahahah xD awk kelakar, anyway, i got that experience ^^ it's hard, and sweet sometimes~ so, bole je mencuba~ alami la mende yg lain dr yg lain, menarik tu ^^

kayangan said...

cute lor~

nota: ni mesti kes "saya budak baru belajar..kalau salah..saya ngorat yg lain saja.." haha!

AcerNoval` said...

ahhreahahhahahahahahwa lucu banget !