Tuesday, September 07, 2010

Gelagat di lebuhraya

Matahari baru hendak mula mengintai pagi. Aku tak tidur dari sahur, itu yg buat aku bangga dan punya semangat untuk menulis pada pagi ini. Barulah aku dapat melihat suasana pagi pada waktu cuti. Kalau tidak, cuti hanyalah untuk aku melayang bersama mimpi.

Ahh sakit perut pulak, ni mesti angkara nasi kerabu masa sahur tadi. Tunggu jap eh? (selepas beberapa jam) Terima kasih kerana sudi menunggu. Maaf kerana mengambil masa anda. Selepas saya berurusan dengan jamban, ibu memanggil sy untuk menolongnya menanam pokok bunga di halaman rumah.

Walaupun belum menjengah hari raya aura keriangannya tu sudah terasa. Rumah aku yang dulunya seperti kandang ayam sekarang seperti kandang hamster. Bersih dan teratur sempena raya pada tahun ini.

Aku akan pulang ke kampung pada khamis ini. Dah ckup ckup, jangan tangisi pemergian aku. Aku faham semua sayangkan aku. Satu persoalan di minda aku ialah dalam perjalanan pulang ke kampung.

Adakah semua gelagat mereka sama seperti aku? Maksud aku pabila mereka di dalam perjlanan ke kampung. Apa yang mereka semua buat pabila di tengah lebuhraya? Tidur? Melihat pokok yang sama di tepi lebuhraya? Suap kacang ke pemandu agar dia tak mengantuk? Memilih mana satu kereta idaman?

Tetapi gelagat aku ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, mengintai anak dara yang bersebelahan dgn kereta.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF JIKA SELAMA INI TERKASAR BAHASA. TERIMA KASIH!

No comments: