Hi, aku rasa memang dah berhabuk blog ini. Tak kisahlah, aku anggap blog ini seperti diari. Takdak sapa yang peduli nk baca. So aku nk crita kehidupan aku la ni. Memang dah takdak life.
Setelah 3 bulan aku mengganggur. Aku hanya membuang masa. Tidak bekerja atau mengambil kursus seperti yang biasa lepasan spm akan buat. Memang bosan. Salah satu faktor aku tanak menghadapi pengalaman bekerja kerana aku rasa aku masih muda. Peh kerja? Mesti orang tua.
Surat Tawaran ke Institut Pengajian Swasta semakin rancak dihantar ke alamat rumah. Rasa seronok juga dapat surat sendiri, dulu takdak sapa nak hantar surat kt aku. Wah terasa tua. Aku tak amik perhatian tawaran ipts kerana kelayakan mereka lebih rendah, dapat 3 kredit pun lu boleh masuk.
Aku terfikir, lebih baik tak payah aku belajar sungguh2 time spm dulu. Setakat 3 kredit je? Aku nak nikmati usaha yang telah aku kerahkan. Nanti orang dok tanya, hang blajaq mana? Kolej blablab. Rasa mcam rendah tahapnya. Kalau jawab aku blajaq lim kok wing, taylor. Tu bunyi macam orang kaya.
Sememangnya aku mmg tak kaya. Nak masuk universiti awam memang susah. Aku pun tak faham. Tapi aku dah lakukan yang terbaik dalam pemilihan upu. Harap pihak yang bertanggungjawab tu mengambil aku sebagai pelajar. Ipta tu mmg aku dah mengidam lama. Tapi memandangkan keputusan aku yang ala kadar ni, memang tipis peluangnya.
Oh ya, aku akan ke PLKN 16 mei ini. Sememangnya suatu yang tidak aku jangka dalam hidup ni. Tapi aku pejamkan mata, redah sahaja. Pedulikan semua, hanya 75 hari aku disana. Kem yang diberi pula di Kuala Langat. Hutan mana tu weh? Harap semuanya berjalan lancar dan baik baik saja.
Selamat Tinggal!
No comments:
Post a Comment