Friday, August 05, 2011

Aku yang asing

Hanya menunggu masa untuk berlepas ke Jalan Reko, Kajang. Dimana tempat pengumpulan semua bakal-bakal pelatih yang berdekatan yang hendak pergi ke kem plkn. Malam sebelum itu, risau membelenggu. Tidur pun memikirkan apa yang akan berlaku di sana nanti, tak lena. Sampai mimpi pun dok ada logo PLKN.

Esoknya, abang aku menghantar aku ke tempat pengumpulan. Keadaan tidak terlalu sesak, kerana 2 bas telah selamat hantar. Aku berada di dalam bas yang ke 3. Aku terlalu asing, kiri kanan semua tak kenal. Duduk tepi tingkap berseorangan, hati masih dupdap. Mereka yang lain nampak tenang, ada yang sampai boleh tidur dalam perjalanan.

Setibanya di kem, bangunan semua berwarna biru. Kalau biru pekat tak apalah, ni biru kelam. Feel dia pun rasa suram. Sesi pendaftaran pada mulanya dan terus ke Bilik Spotcheck. Jurulatih membuka segala beg yang kami bawa, penat ja aku kemas semalam. Body spotcheck pula, dia meraba tapi dok tahan ja. Dia bukak phone ada gambar awek, dia suh cium. Ramai kena paksa buat perkara yang memalukan. My belt pun kena rampas. Cit!

Ketika di sesi pendaftaran aku dapat bilik bernombor 4. Serius tak tahu di mana kedudukan bilik ini. Aku bertanyakan pd makcik cleaner dan dia tunjukkan sambil memberi blanket dan cadar. Masuk-masuk ja bilik ada 3 org, aku buat bodoh ja smbil pasang cadar then baring.

Malam itu, penuh katil dengan para pelatih yang datang dari sabah,sarawak dan selangor. Warden bilik datang, muka violent gila. Macam penjenayah. Dia ckap aku nak korang tukar tempat tidur, jgn hidup nk berpuak paham? Kami sedih, baru je kanal ngan kawan2 selangor. Kena pulak kawan dengan sabah, bahasa mereka susah skit nak faham.

Malam seterusnya, ada sahaja kesalahan yang dituduh pada kami oleh warden. Dendanya tekan tubi mengikut arahan. Siapa yang cecah ke lantai atau kaki melutut akan di pijak, amaran warden kami. Tak ckup dengan itu, denda lompat bintang 50kali kiraan 3. Yang lebih menyakitkan, baring dan mengangkat kaki lurus 45darjah. Siapa jatuh, nasib kurang baik.

Bilik kami digelar bilik paling berbahaya. Sedangkan bili-bilik yang lain tidak pula dikenakan denda seperti itu. Pada mulanya kami memang tak tahan kerana setiap malam di denda walaupun kami tidak membuat kesalahan. Ada yang nak report kepada orang atasan. Tetapi setelah sebulan, denda kami semakin berkurangan. Denda ini untuk mewujudkan keakraban tali persahabatan kami kerana kami didenda bersama-sama.

Badan yang dulunya kering, timbul otot-otot yang puncanya dari warden kami. Setiap denda yang dia arahkan pasti ada sulaman motivasi untuk kami. Baru kami sedar, setiap denda itu ada kelebihannya. Antara ayat-ayat warden 'gangster' kami ialah.

1.Dalam van plkn itu ada lebihan 2 penumpang untuk menghantar kau semua ke hospital, 2 itu adalah malaikat maut

2. Kasi potonglah lancau, kasi anjing makan. Hidup kena gentle. Paham?

3. Ada siapa benci aku? Kita jumpa kat neraka nanti.

4. Ada siapa sakit hati dengan aku? Simpan bawa mati.


Segalanya sudah berakhir, pasti akan aku merinduikan kenangan pahit bercampur manis. Macam2 rasa ada. Saat paling best sekali masa baling topi ke langit, menandakan kami tamat latihan. Tiada lagi beratur tengah pagi, sebelum tidur. nak makan pun kene beratur. No more lauk that we dont deserve! No more hot water everyday. No more bread before sleep. Yeaaaaaahh!

2 comments:

fakhira izzati said...

haha, best gilaa entri ni tapi mcm teruk je dok kat dalam tu. hope biya tk dpt plkn, hehe

hazy said...

now, i have to admit that your blog is kinda interesting!! post la lg byk2!!