Sunday, April 08, 2012

Jalan Buka Mata

Tamat semester 1 atau nama komersial di kampus iaitu part one. Kehidupan sebagai seorang junior tak mudah seperti yang dikatakan. Perit perih dipandang enteng oleh para senior. Ini sebenarnya kitaran yang di mana telah wujud sejak sekian lama. Masih belum pupus. Sebagai orang baru yang pijak di tempat baru, aku mengamalkan peribahasa 'masuk kandang kambing, masuk kandang lembu menguak'. Telunjuk orang atas kita perlu diturut, jika tidak dipulau seperti manusia yang malu mengaku terbuang air besar didalam seluar.

Kesan daripada itu dapat membuka mata si budak mentah tentang apa yang perlu ada di dalam seorang siswa. Bagi aku belajar di tempat baru ini berbeza berbanding di sekolah yang lalu. Sangat berbeza. Dulu jika tak pergi ke sekolah, cikgu siap datang ke rumah, masuk ke dalam bilik mengejutkan aku untuk bersiap ke sekolah. Walaupun cikgu tersebut mempunyai mesyuarat pada waktu itu, dia lebih mementingkan pelajarnya iaitu aku. Bila kau disini, mati mulut berbuih dalam bilik hostel sekalipun tiada siapa yang tahu. Tiada siapa hiraukan kau. Apa yang penting kau hadir kuliah, cukupkan markah tampungan dan jangan gagal.

Sifat matang perlu ada dalam diri. Matang yang bawa kita pergi berdikari kerana bagi aku belajar di dalam kelas tidak begitu hadir ilmunya dalam sanubari kerana asyik terbayangkan siswi yang cantik, keselesaan aircond membuatkan perasaan membuak buak untuk sambung tidur. Tambahan pula, pensyarah yang mengajar semata untuk bekerja. Kelihatan muka mereka seperti tergesa untuk tamatkan pembelajaran. Tidak semua begitu hanya sesetengah mereka. Jadi untuk berjaya disini, belajar sendiri atau kata ilmuan disini iaitu OBE. Aku tidak tahu apa maksudnya, jangan mempersoalkannya. Mungkin Obe Wan Kenobi. Siapa tahu.

Ahh kalau keputusan yang aku dapat untuk semester yang pertama ini tidak memuaskan, aku tahu kenapa. Jalan yang baru membukakan mataku untuk hidup disini. InsyaAllah sekarang aku dah tahu, mana jalan yang patut aku tuju. Dulu aku kabur, tempat baru kabur. Asap terlampau mengaburi mataku.

Cuti semester selama sebulan lebih ini aku hanya habiskan masa di atas katil, depan laptop, tepi bb, depan sangkar kucing, dalam kolam ikan. Merantau adalah impianku, harap terkabul apa yang diimpikan. Rakan semua bekerja, mereka bertanyakan kenapa aku tidak? Aku menjawab muka aku tiada seperti pekerja. Masih comel untuk bekerja. Belum cukup matang untuk itu. Semoga cuti ini memberikan aku makna.

6 comments:

Anonymous said...

Dah bleh tukar about me kau uh..

Wan Hanis Sophia said...

Nuff said Nash ! :)

VP said...

OBE=Outcome Based Education..haha apeda...xsangke koo blogger...btw nice entry..troskan usaha

Anonymous said...

Je veux être en mesure de personnaliser un thème wordpress pour les rendre un peu plus d'origine. Je sais que vous pouvez changer les couleurs, etc, mais je veux être en mesure de changer la taille des boîtes et autres. J'aime iBlog et je cherche quelque chose de similaire, mais la version gratuite est très limitée et je ne peux pas se permettre d'acheter la version complète. Est-ce que quelqu'un sait de toute bons thèmes gratuits à installer?.

Oh Qu Azzara! said...

As salam....

Adik Jiwa Kabut...setiap kesenangan kena dtg dengan kepayahan...actually i'm ur suoer senior cause i satu batch dgn ur lecturer (Fatimah Yazmin)...kami dulu lagi teruk 'diazab' bila masscomm nak di 'try n error' kan di kampus Arau...dituduh poser, perkauman,akhlak buruk dan mcm2 lagi sampai lecturer pompuan pakai kebaya pun dituduh perempuan kabaret!
anyway.....jgnlah sia2kan masa di kampus life ni sbb for sure bila u dah keje....kerinduan pasti menerjah bila teringat kenangan pahit manis dgn rakan2....yang penting, bagaimana kita nak bawa diri kita after grad....kita boleh cemerlang in teori, but practical adalah yang terbaik....trust me....masscomm student bioleh dicampak menjadi apa shj diluar sana (except doctor, engineer, programmer atau keje2 yang guna skill giler2!)....gud luck to you....have fun in campus life...

Anonymous said...

我爱你