Tuesday, July 09, 2013

Diam tak diam

Diam tak diam dah setahun lebih aku meninggalkan ruang dimana selalu aku meluahkan pandangan dan perasaan. Keadaan seperti biasa cuma bila dah senior, kau lebih yakin untuk berdiri dan muncul ke hadapan berbanding dahulu kerana dah selesa dengan persekitaran. Alah macam bercintalah, nak tengok kesetiaan sebuah pasangan. Lihat dari keselesaan mereka berhubung, meluahkan perasaan dan rasa manis yang takkan hilang itu juga mempengaruhi kadar keselesaan antara dua belah pihak.

 Beberapa hari yang lepas, hari kelahiran aku yang ke 20 tahun. Aku tak mengharapkan apa-apa cukup sekadar ucapan selamat. Apa yang ada dalam minda, pastinya bila dah semakin tua. Kita semakin lupa tentang kewujudan diri. Kita sendiri yang tak menghargai diri. Padahal diri ini yang bawa kau sehingga berpuluh tahun sejak dikandung dalam karung perut ibu. Entah-entah satu hari nanti kita lupa tentang hari ini hari ulangtahun kelahiran kita? Syukur bagi aku. Terasa di hargai bila kawan berkumpul beramai ramai merancang untuk mengenakan aku sempena hari istimewa.

 Cuba bayangkan, kita tak wujud dalam lingkaran minda kawan kita. Apa puncanya? Mungkin salah kita sendiri. Kita tidak biarkan nama kita menjadi parut didalam minda seseorang yang dinamakan kawan. Aku selalu sedar akan perkara ini. Jika kita selalu berdiam diri dan selalu mempunyai perangai yang teruk selalu menjadi bahan bualan kawan kawan. Mungkin kita tak akan dihargai. Prinsip hidup aku mudah, buat baik dengan orang walau jahat mana di beri kita.

 Cukup beberapa bulan aku berehat memerhatikan dunia. Aku cuma memerhatikan diri sendiri. Biar aku gabungkan semua perangai di luar dan bezakan dengan perangai sendiri. Tiba masanya aku melihat dunia. Bukan seperti katak di bawah tempurung.

Cahaya yang wujud di dunia adalah untuk menilai subjek mata kita untuk difokuskan. Gunakan sebaik mungkin kemudahan yang diberi. Bukan untuk menilai ciptaan tuhan, untuk perhatikan setiap sudut cara pemikiran masyarakat.

 Cukuplah lena dibuai di alam mimpi.

No comments: