Monday, July 15, 2013

Dacing Duniawi Untuk Ukhrawi

Aku seperti manusia biasa. Perjalanan hidup aku penuh dengan dosa. Tak lupa juga pahala yang kengkadang aku lupa untuk patuh akan rukun agama. Semua itu aku salahkan diri sendiri. Apa yang aku kaji momentum ibadah aku tak pernah licin. Bila sehari solatnya cukup, keesokannya pula pasti ada satu slot yang rompong.

 Aku risau. Aku takut. Takut akan dosa yang pernah aku buat. Bolehkah pahala bersaiz segumpal rambut yang berada dalam genggaman ini dapat membantu memberatkan dacing syurga yang diimpikan setiap manusia?

Dari jauh, aku memerhati sambil mendengar setiap bait kata ceramah yang diucap dihadapan jemaah. Aku di barisan yang kelima dari depan. Pada awalnya kelihatan pabila meja di depan diangkat dan disediakan pembesar suara oleh siak dan ajk surau, dua jemaah sebelah aku seolah mengetahui bahawa sebentar lagi ceramah akan diadakan. Mereka siap sedia untuk beredar. Aku menggeleng kepala sambil tunduk tanda iman aku masih kuat untuk mendengar kebaikan.

Tunduk, dan tunduk. Sedar tak sedar aku dah terlepas 20 minit tazkirah. Iman rupanya beredar buat sementara waktu. Lalu aku bingkas bangun mencari iman kemana hilangnya. Pergi aku ke arah tempat wudhuk dan mengambil air semayang semula.

Cakap orang diri sendiri pun sama

No comments: