Semua orang idamkan untuk menjadi kaya dan mempunyai wang yang begitu banyak. Walau halal atau haram caranya, ia masih suatu mimpi dan cita cita seorang jasad bernama manusia. Namun apa yang aku lihat di keadaan sekeliling aku. Mereka berduit tetapi mereka tidak menggunakan keupayaan tersebut untuk menjanakan kekayaan mereka.
Maksud aku mudah. Aku beri satu contoh. Aku ambil contoh pada bangsa aku sendiri iaitu melayu. Mereka yang telah mencapai cita cita iaitu mempunyai wang yang banyak, Mereka gunakan untuk membeli kereta yang mewah seperti Audi, Mercedes, Range Rover dan yang paling banyak sekali BMW.
Pada hemat aku, apa yang paling utama bila kita dah mempunyai wang ialah membeli aset. Bermakna menyemai wang pada sebuah harta yang tidak mempunyai tarikh luputnya. Bukanlah seperti kita menghabiskan wang kepada gadjet seperti iPhone atau kereta mewah kerana teknologi akan berubah setiap 3 jam. Teknologi akan sentiasa berubah untuk perantinya menjadi yang lebih elok dan kita pula asyik mengejar teknologi yang kita tidak tahu di mana pengakhirannya.
Aset yang kekal tiada tarikh luput ini adalah seperti tanah, rumah, emas, dan akhir sekali semaikanlah wang pada kebahagiaan keluarga kita iaitu ibu bapa. Harta yang kita punyai sekarang bukanlah 100% hak milik kita dan sebab itu kita perlu berzakat.
Paling aku takut sekali dalam mengekalkan kekayaan adalah Multi-level Marketing (MLM). Syarikat MLM sekarang mula tertumpu pada budak muda remaja yang berada di universiti. Ya, kita mungkin boleh kaya jika berusaha didalam bisnes MLM tersebut. Namun, ingatlah ianya mungkin untuk sementara. Jika anda kaya, orang atas anda lagi kaya. Padahal orang bawah anda bersusah payah, tapi anda yang dapat hasil titik peluh mereka. Tidakkah orang yang di bawah merasa adil? Dimana hadirnya keberkatan didalam wang tersebut?
Dari situlah aku mula risau pada anak muda kini, moga tidak terpengaruh dengan skim cepat kaya ataupun seperti bisnes multi-level marketing ini. Berjinaklah dengan bisnes, walau dengan jual kuih sekalipun. Biarpun penjanaan untung hanya RM1, namun ingat ianya adalah hasil anda sendiri.
No comments:
Post a Comment