Sekian lama aku meninggalkan buku catatan ini, akhirnya aku kembali menulis kerana jiwa aku rasa terpanggil untuk meluahkan pandangan hemat sendiri tentang topik yang sering bermain di minda aku dan minda rakyat sekalian. Ya lah, siapa saja yang mahu mendengar hemat sang manusia yang biasa tidak mempunyai apa kuasa di dunia ini. Kadang bila guna platform twitter untuk luahkan pendapat pun rasa macam risau bila informasinya tersekat kerana bilangan perkataannya yang terhad.
Untuk topik entry kali ini, aku ingin membicarakan tentang ikatan sah perkahwinan di awal usia muda. Awal awal mak sudah pesan, pastikan aku mempunyai pekerjaan dahulu barulah boleh kenalkan ke dia siapakah yang bertakhta di hati untuk menjawat peranan seorang isteri.
Isu pertama bila seseorang yang masih belajar di universiti namun mempunyai hajat untuk berkahwin walaupun masih belum bekerja sekiranya dia (suami) mampu untuk membina masjid ianya adalah sesuatu yang bagus dan patut dicepatkan. Mampu ini pada aku, kalau seseorang itu sudah mempunyai kewangan yg stabil untuk keluarga dan mampu memberi nafkah zahir dan batin.
Namun, ada yang seolah 'menunggang agama' dimana mereka menyatakan ah takpa jangan cari kerja dulu BILA DAH KAHWIN NANTI PINTU REZEKI ITU AKAN TERBUKA SENDIRI. Aku setuju, tapi kalau setakat menggunakan ayat itu namun tak berusaha, dia masih didalam golongan orang yg tidak mampu dan tak layak berkahwin.
Banyak kes cerai yg kahwin di awal usia kerana ada yg sesetengah itu berkahwin hanya untuk menghalalkan perbuatan yang haram dan tidak kerana Tuhan. Kahwin bukan suatu benda yang boleh diambil remeh temeh kerana ia berkait dengan keluarga dua belah pihak.
Pada hemat aku, umur bukanlah satu tanda aras dimana kita perlu berkahwin. Sebaliknya, perlu melihat pada kestabilan ekonomi, kematangan fikiran, dan kemampuan dalam membimbing keluarga. Jangan berkahwin sekadar untuk menghalalkan apa yang haram
No comments:
Post a Comment