Friday, October 15, 2010

Entri Serius

Thank you Allah. Aku mensyukuri kemakbulan doaku. Terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku. Tanpa Kau, aku mungkin tak mampu berjaya dan tidak dapat mengekalkan momentum dalam pembelajaranku. Sesungguhnya, ibadah itu memang perlu untuk selimuti hati, kalau tidak hati akan sejuk beku umpama peredaran darah yang tidak mengalir ke badan.

Prestasi aku meningkat, tetapi tidak secara mendadak. Itu cukup untuk memotivasikan diri bahawa aku memang boleh lakukan sama seperti manusia genius yang lain. Dari gagal ke lulus. Dari D ke C. Dari C ke B. Dari B ke A.

Kalau aku cerita tentang keputusan aku, apa pula kata pembaca? Mungkin mereka fikir aku ini macam bagus. Padahal memang tak bagus. Kepada pembaca semua, aku bukanlah seorang yang pandai seperti yang kamu sangkakan. BM pun tak A. Cuma aku...macam bagus

Entri kali ini tiada unsur humor. Ia banyak melibatkan luahan hati dan perasaan untuk pemangkin semangat aku. Terima kasih dan maaf.

3 comments:

amalhayati said...

Boleh cuba lagi :)

Anonymous said...

congrats ;)

Black Kites said...

first time jejak tapak kat blog ni..pe2 pun..

"vielgluck!"

nota: macam bagus itu penting utk jadi lebih bagus dari yang paling bagus! no worries~