“I’m high maintenance but I’m not asking a single cent from my partner” kata-kata seorang gadis yang sedang trending di laman sosial sekarang ni. Bermula dengan ‘tweet’ ini, seluruh pengguna twitter mula membincangkan isu hangat yang membuatkan pandangan dorang mula tercetus dari pelbagai sudut. Ada yang kata setuju, ada yang kata tidak. Mereka mula la memberikan pandangan dari perspektif dorang tentang isu ini. Tak kisah la lelaki atau perempuan masing-masing menegakkan perspektif mereka.
Hubungan antara laki dan perempuan bukan berdasarkan wang semata. Tapi kalau nak dikirakanwang itu datang kemudian. Jadi apa yang datang dulu? Cinta sejati yang datang dari keikhlasan.Barulah datangnya keikhlasan dalam memberi juga. Dari pada pandangan lelaki, ada yang katanya perempuan yang high maintenance ni la yang kita kena elak, buatnya papa kedana kita kena kikis. Tapi ada jugak yang setuju macam berkata cinta ini seperti bursa saham. Mula mula memang kena labur (wang) banyak, hasilnya nanti kita sendiri yang senyum nak dapat cinta bukannya senang. Perempuan ni mula mula je tweet kata tak mintak apa, tunggu le dah beranak pinak nanti. Mesti delete balik tweet tu.
Dari pandangan perempuan pula, ada yang kata setuju dengan berkata setuju 100%! Kita di tahun 2016 ini kena bersikap terbuka dan maju kedepan, kita usaha sendiri, kita bayar sendiri. Sebab tu education tu penting, nak mendukung perbelanjaan kita nanti. Tapi ada pulak yang sebaliknya dengan menyatakan tanggungjawab suami nanti kena tanggung semua perbelanjaan isteri dan rumah. Kalau partner kita tak boleh nak ada prinsip macam ni. Macam mana nak tanggung kita bila dah kahwin nanti? Mulalah pula persoalan berbangkit.
Dari perspektif kami mudah, utamakan apa yang utama iaitu diri kita. Usahakan untuk masa depan kita walaupun kita hidup bersama bila dah kahwin nanti. Pastu baru soal tanggungjawab itu perlahan-lahan difahami oleh dua belah pihak.
P/s Ini sebenarnya write-up aku ketika interview di company website hit trending tertinggi malaysia. Panel memberi masa 15 minit untuk dia melihat cara aku menulis. Aku dari jurusan graphic dan disuruh menulis. Makanya sudah diketahui yang company tak perlukan aku. Aku masih terus mencari
1 comment:
Aku tak tahu samada apa yang terjaadi dengan template copy paste kau atau apa je yang berlaku dekat font, sizing or perkataan-perkataan yang tak bersambung tu-- but yeah, my blog notification keluar nama 'nashensem' and content tu mahal. :)
Post a Comment