Monday, January 04, 2021

Sesi Temuduga Yang Singkat Tapi Berhasil




 Temuduga dijadualkan pada pukul 10 pagi, namun terpaksa menunggu giliran sehingga 12.30 tgh hari.


*TING*


Kedengaran nombor giliran ku telah naik di paparan monitor di tempat menunggu. Jantungku mula berdegup laju, namun aku dah tak tahan tertunggu. Aku nak habis benda ni cepat.


Sambil berjalan dari ruang menunggu, mulut terkumat kamit membaca doa. Dan pabila tiba di depan pintu, aku mula mengetuk.


‘Asalamualaikum’


Masuk masuk je, tengok memang betul lah panel yang dorang ckp. Orang yang sama!


‘So encik, boleh perkenalkan diri?’


Aku pun bagi la semua ayat yang dh memang aku susun semalam. Dari zaman belajar ke pengalaman kerja.


Panel tertarik dengan pengalaman aku bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat televisyen. Dia pun tanya soalan yg aku tk expect.


‘Apa pengalaman sedih sepanjang kerja jd reporter ni?’


Aku pun randomly jawab ada buat liputan pasal family ramai anak tapi kena halau tk bayar sewa, terpaksa hidup dengan duduk di longkang. Tiba tiba panel sambung tanya..


‘Ada awak tolong dia?’


Aku pun jawab lah, tolong kemas kemas masa pindah je datuk seri.


‘Kenapa awak tolong? Tugas awak apa sebenarnya’


Aku pun jawab tugas saya melaporkan berita. Kemas-kemas tu saja je saya tolong.


‘Kenapa awak tak tolong macam Ust Ebit Lew tu’


Aku pun jawab la. Saya mana nak mampu datuk seri, kalau sy mampu itu la benda yang saya akan buat nti. Insya Allah


Pengerusi tanya lagi soalan..


‘Apa membuatkan awak berhenti dari kerja wartawan? Bukan seronok ke berjumpa dengan ramai orang, banyak pengalaman baru’


Soalan ni ditanya 2 kali. Aku firm dengan jawapan aku sbb temuduga aku yang sebelum ini, aku cerita negatif kali ni aku nak tweak jadi positif 👍🏻


Aku pun jawab..


‘Saya tak nafikan, sememangnya kerjaya sebagai seorang wartawan dpt berjumpa dengan orang kenamaan, ahli politik dan masyarakat. Namun apa yang saya inginkan selama ini adalah cabaran baru.


Sama juga mcm kehidupan saya, sebelum menjadi wartawan, sy merupakan seorang fasilitator, kini pula saya sebagai seorang eksekutif pemasaran. Setiap bidang yg saya ceburi itu mempunyai nilai cabaran yg berbeza bg memastikan saya tidak akan berasa selesa. ‘


Di tanya lagi soalan lain,


‘Ok lah. Awak wartawan kan sebelum ni. Saya nak tanya soalan. Berapa jumlah keseluruhan belanjawan 2020 ni n siapa bentangkan n kat mana dia bentangkan’


Aku mmg dah standby soalan ni and aku tgk belanjawan ni sampai habis. Memang aku boleh jawab semua tpi panel tu kata alahhh wartawan boleh la tahu benda ni. Aku pun duduk terdiam sambil menanti soalan. Panel pengerusi tu terus tak nak tanya soalan dah.


‘Saya dh takda pape nak tanya dah. Minta Panel Jabatan teruskan dgn soalan’ jawab datuk seri sambil layan ipad dia.


‘Baik. Awak dari bidang masscomm kan? Apa yang awak akan lakukan sebagai seorang ptd bagi menaikkan reputasi jabatan sbb kebelakangan ini banyak isu penjawat awam rasuah n apa idea awak nak bantu kerajaan?’


Aku sebenarnya tk suka sangat soalan yg related tu communication sebab benda tu subjektif n tk ramai yg faham. Apa apa pun aku tetap jawab..


‘Bagi saya, pihak kerajaan sepatutnya mengekalkan dengan tindakan sedia ada. Dimana disini kita dapat menunjukkan ketelusan dalam kerajaan. Ini juga memberikan jawapan bahawa tidak akan ada semuanya sempurna. Rakyat boleh menilai sendiri ketelusan kerajaan dalam perkhidmatan serta tindakan undang2 pd mana mana pegawai yang bersalah’


Bila dah jawab tu, pengerusi kta ok lah dah tak ada pape dah. Ramai lagi orang kat luar tu.


Aku pun jawab, ok terima kasih datuk seri.


Sesi temuduga hanya dalam 15 minit padahal sebelum aku semuanya 30-40 minit. 


INI TAK ADIL!

Wednesday, July 27, 2016

Write-Up 15 Minit

“I’m high maintenance but I’m not asking a single cent from my partner” kata-kata seorang gadis yang sedang trending di laman sosial sekarang niBermula dengan ‘tweet’ iniseluruh pengguna twitter mula membincangkan isu hangat yang membuatkan pandangan dorang mula tercetus dari pelbagai sudut. Ada yang kata setujuada yang kata tidak. Mereka mula la memberikan pandangan dari perspektif dorang tentang isu ini. Tak kisah la lelaki atau perempuan masing-masing menegakkan perspektif mereka.

Hubungan antara laki dan perempuan bukan berdasarkan wang semata. Tapi kalau nak dikirakanwang itu datang kemudian. Jadi apa yang datang duluCinta sejati yang datang dari keikhlasan.Barulah datangnya keikhlasan dalam memberi juga. Dari pada pandangan lelakiada yang katanya perempuan yang high maintenance ni la yang kita kena elakbuatnya papa kedana kita kena kikisTapi ada jugak yang setuju macam berkata cinta ini seperti bursa saham. Mula mula memang kena labur (wangbanyakhasilnya nanti kita sendiri yang senyum nak dapat cinta bukannya senang. Perempuan ni mula mula je tweet kata tak mintak apatunggu le dah beranak pinak nantiMesti delete balik tweet tu.

Dari pandangan perempuan pulaada yang kata setuju dengan berkata setuju 100%! Kita di tahun 2016 ini kena bersikap terbuka dan maju kedepankita usaha sendirikita bayar sendiriSebab tu education tu pentingnak mendukung perbelanjaan kita nanti. Tapi ada pulak yang sebaliknya dengan menyatakan tanggungjawab suami nanti kena tanggung semua perbelanjaan isteri dan rumah. Kalau partner kita tak boleh nak ada prinsip macam niMacam mana nak tanggung kita bila dah kahwin nanti? Mulalah pula persoalan berbangkit.

Dari perspektif kami mudahutamakan apa yang utama iaitu diri kitaUsahakan untuk masa depan kita walaupun kita hidup bersama bila dah kahwin nantiPastu baru soal tanggungjawab itu perlahan-lahan difahami oleh dua belah pihak.

P/s Ini sebenarnya write-up aku ketika interview di company website hit trending tertinggi malaysia. Panel memberi masa 15 minit untuk dia melihat cara aku menulis. Aku dari jurusan graphic dan disuruh menulis. Makanya sudah diketahui yang company tak perlukan aku. Aku masih terus mencari

Thursday, February 25, 2016

Ikatan Muda

Sekian lama aku meninggalkan buku catatan ini, akhirnya aku kembali menulis kerana jiwa aku rasa terpanggil untuk meluahkan pandangan hemat sendiri tentang topik yang sering bermain di minda aku dan minda rakyat sekalian. Ya lah, siapa saja yang mahu mendengar hemat sang manusia yang biasa tidak mempunyai apa kuasa di dunia ini. Kadang bila guna platform twitter untuk luahkan pendapat pun rasa macam risau bila informasinya tersekat kerana bilangan perkataannya yang terhad.

Untuk topik entry kali ini, aku ingin membicarakan tentang ikatan sah perkahwinan di awal usia muda. Awal awal mak sudah pesan, pastikan aku mempunyai pekerjaan dahulu barulah boleh kenalkan ke dia siapakah yang bertakhta di hati untuk menjawat peranan seorang isteri.

Isu pertama bila seseorang yang masih belajar di universiti namun mempunyai hajat untuk berkahwin walaupun masih belum bekerja sekiranya dia (suami) mampu untuk membina masjid ianya adalah sesuatu yang bagus dan patut dicepatkan. Mampu ini pada aku, kalau seseorang itu sudah mempunyai kewangan yg stabil untuk keluarga dan mampu memberi nafkah zahir dan batin.

Namun, ada yang seolah 'menunggang agama' dimana mereka menyatakan ah takpa jangan cari kerja dulu BILA DAH KAHWIN NANTI PINTU REZEKI ITU AKAN TERBUKA SENDIRI. Aku setuju, tapi kalau setakat menggunakan ayat itu namun tak berusaha, dia masih didalam golongan orang yg tidak mampu dan tak layak berkahwin.

Banyak kes cerai yg kahwin di awal usia kerana ada yg sesetengah itu berkahwin hanya untuk menghalalkan perbuatan yang haram dan tidak kerana Tuhan. Kahwin bukan suatu benda yang boleh diambil remeh temeh kerana ia berkait dengan keluarga dua belah pihak.

Pada hemat aku, umur bukanlah satu tanda aras dimana kita perlu berkahwin. Sebaliknya, perlu melihat pada kestabilan ekonomi, kematangan fikiran, dan kemampuan dalam membimbing keluarga. Jangan berkahwin sekadar untuk menghalalkan apa yang haram

Monday, September 14, 2015

Wang Dalam Kehidupan

Semua orang idamkan untuk menjadi kaya dan mempunyai wang yang begitu banyak. Walau halal atau haram caranya, ia masih suatu mimpi dan cita cita seorang jasad bernama manusia. Namun apa yang aku lihat di keadaan sekeliling aku. Mereka berduit tetapi mereka tidak menggunakan keupayaan tersebut untuk menjanakan kekayaan mereka.

Maksud aku mudah. Aku beri satu contoh. Aku ambil contoh pada bangsa aku sendiri iaitu melayu. Mereka yang telah mencapai cita cita iaitu mempunyai wang yang banyak, Mereka gunakan untuk membeli kereta yang mewah seperti Audi, Mercedes, Range Rover dan yang paling banyak sekali BMW.

Pada hemat aku, apa yang paling utama bila kita dah mempunyai wang ialah membeli aset. Bermakna menyemai wang pada sebuah harta yang tidak mempunyai tarikh luputnya. Bukanlah seperti kita menghabiskan wang kepada gadjet seperti iPhone atau kereta mewah kerana teknologi akan berubah setiap 3 jam. Teknologi akan sentiasa berubah untuk perantinya menjadi yang lebih elok dan kita pula asyik mengejar teknologi yang kita tidak tahu di mana pengakhirannya.

Aset yang kekal tiada tarikh luput ini adalah seperti tanah, rumah, emas, dan akhir sekali semaikanlah wang pada kebahagiaan keluarga kita iaitu ibu bapa. Harta yang kita punyai sekarang bukanlah 100% hak milik kita dan sebab itu kita perlu berzakat.

Paling aku takut sekali dalam mengekalkan kekayaan adalah Multi-level Marketing (MLM). Syarikat MLM sekarang mula tertumpu pada budak muda remaja yang berada di universiti. Ya, kita mungkin boleh kaya jika berusaha didalam bisnes MLM tersebut. Namun, ingatlah ianya mungkin untuk sementara. Jika anda kaya, orang atas anda lagi kaya. Padahal orang bawah anda bersusah payah, tapi anda yang dapat hasil titik peluh mereka. Tidakkah orang yang di bawah merasa adil? Dimana hadirnya keberkatan didalam wang tersebut?

Dari situlah aku mula risau pada anak muda kini, moga tidak terpengaruh dengan skim cepat kaya ataupun seperti bisnes multi-level marketing ini. Berjinaklah dengan bisnes, walau dengan jual kuih sekalipun. Biarpun penjanaan untung hanya RM1, namun ingat ianya adalah hasil anda sendiri.

Saturday, April 11, 2015

Selamat Jalan

Aku luahkan segala manis yang ada tapi pahit juga diterima. Bising juga yang didengar walau aku cuma meniup angin di telinga. Panas juga yang hadir walhal sejuk bukan main. Ini bukan salah suhu, bukan salah matahari, salah siapa lagi?

Aku sangkakan ini jalan terakhir aku. Aku sangkakan kau yang akan berada di sebelahku. Aku angankan namamu yang disebut didalam akadku.

Akhirnya,

Dusta.

Paksi Mimpi Berputar Melawan Jam

Aku sebagai Perdana Menteri. Pentadbir yang berkuasa di dalam negeri aku sendiri. Aku membina jalan raya yang teguh, bertar, setiap rataan bitumen mengikut balancing. Sebagai pemimpin, aku mahu mencuba sendiri jalan yang aku bina sebelum diserahkan pada rakyat.

Bertuahnya aku, mempunya sebuah kereta yang cantik. Aku bawa kereta ini ke jalan yang baru aku bina, selama aku memandu, baru aku terasa gegarannya disaat penghujung jalan. Padahal sebelum aku melayari jalan ini ianya berjalan lancar.

Entah. Walaupun kereta yang cantik. Jalan raya yang dibina pula tak sesuai. Senyum ketika aku memandu. Namun ada saja halangan untuk aku teruskan perjalanan. Andai cantik di mata kita, haluannya pula tidak sesuai.

Jalan ini untuk kenderaan yang tidak berkuasa tinggi. Berjenama tempatan. Tapi kereta yang aku guna dibuat dari eropah. Andai salah guna, perlu rujuk pada HQ jenama tersebut. Bengkel tak boleh bikin.

Aku menyesal.

Friday, September 27, 2013

Titian Perjalanan

Aku diumbang ambing
Terhoyong hayang
Di tengah titian gantung
Angin gembira membawa ke depan
Angin duka kekiri dan kekanan
Selalu duka aku alami
Tapi aku tak pernah mati
Sampai bila harus aku begini?
Hantarkan aku terus ke seberang
Aku tak sanggup lagi meniti 

Saturday, September 21, 2013

Aku Patut Diam

Aku patut diam
Suaraku sering menuju
Arah yang salah
Mungkin telinga yg mendengar
Mengintepretasikan berita salah
Langkah elok baik aku diam
Kerana setiap bahasa yang terpacul
Setiap herdik yang timbul
Setiap kata yang tersurat
Mungkin hanya kan menyirat
Otak si pendengar
Walau niatnya untuk berikan bahgia
Si penerima takkan terima yang sama